21 - 22/5/2019....PENYEDIAAN & MEMASAK BUBUR LAMBUK















Program menyediakan Bubur Lambuk masuk ke tahun kedua penganjurannya. Alhamdulillah dan terima kasih atas sumbangan dari ibubapa/penjaga murid-murid ini yang sudi menyumbang bahan-bahan mentah untuk menyediakan bubur lambuk. Penyediaan bahan seperti mengupas bawang, membersihkan ayam , memotong  ayam pada bahagian yang kecil, mengisar kesemua jenis rempah telah dilaksanakan pada 21/5/2019 di Bilik ERT. Bagi memasak Bubur Lambuk, ianya direalisasikan pada 22/5/2019 diketuai oleh Cik Rahimah dan En. Muhamad Asyraf. Guru, ibubapa/penjaga dan para ibu-ibu yang sempat hadir bergilir-gilir mengacau Bubur Lambuk sehingga masak. Terima kasih pada Cik Rahimah atas resepi  Bubur Lambuk turun temurun ini. Sedapnya hingga menjilat sudu...


Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN