10/4 - 13/4/2019 - LAWATAN PENANDA ARAS & KEMBARA ILMU

HARI 1(10/4/2019)























Lawatan Penanda Aras & Kembara Ilmu ke Kedah &  Pulau Pinang akhirnya dapat direalisasikan pada tanggal 10/4/2019. Perjalanan bermula pukul 7.15 minit pagi dengan 10 peserta perempuan, 14 peserta lelaki, 9 orang guru, 2 PPM dan 2 wakil ibubapa/penjaga. Perjalanan  rombongan ini tiba di  Alor Setar,Kedah pada pukul 1.30 petang. Destinasi pertama adalah Pekan Rabu di mana peserta rombongan dapat membeli cenderahati dari Kedah dan minum petang di situ iaitu semestinya  merasai Laksa Kedah  yang selalu diperkatakan kesedapannya.

Destinasi kedua ialah Menara Alor Setar iaitu menara telekomunikasi ke-2 tertinggi di Malaysia dan yang ke-22 tertinggi di dunia. Mercu tanda Negeri Kedah ini juga merupakan sebuah tempat pelancongan utama bagi membolehkan orang ramai menikmati panorama indah dan menarik Bandaraya Alor Setar dan kawasan persekitarannya.

Tepat pukul 6.00 petang, rombongan ke Dr. Rozmey Hotel bagi urus diri dan Solat Maghrib. Makan malam pula rombongan telah dijemput bertandang ke rumah Pn. Siti Marina Sham. Rombongan telah dihidangkan dengan juadah Laksa Kedah & Nasi Beriani. Terima kasih atas jemputan makan malam yang lazat dan menyelerakan ini. 








Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN