10/4 - 13/4/2019 LAWATAN PENANDA ARAS & KEMBARA ILMU

HARI KE-2 (11/4/2019)






























Tiba hari ke-2, bermulanya Lawatan Penanda Aras ke SMK Sanglang,Kedah Darul Aman. Rombongan kami disambut dengan bunga manggar dan sedikit taklimat serta tayangan video tentang aktiviti yang dijalankan di PPKI SMK Sanglang. Rombongan di bawa sekitar kawasan PPKI terutama kawasan penanaman pokok kucai, pokok pisang dan juga cendawan tiram yang baru sahaja beroperasi. Penerangan juga turut diberikan oleh murid PPKI SMK Sanglang tentang cara pembuatan bedak sejuk dan juga pembuatan racun serangga semulajadi.

Destinasi ke-2 pula ialah ke 3D Trick Museum, Lebuh Penang, Pulau Pinang yang memaparkan hasil seni yang mengagumkan dan boleh bergaya di setiap gambar yang menimbulkan lagi kesan 3D apabila mengambil gambar. Kemudian rombongan terus ke Magic World, Lebuh Victoria dimana terdapat pelbagai helah/trick khas bagi merakam aksi diri sendiri dalam melakukan aksi silap mata sambil dibantu oleh staf Magic World. Aksi silap mata secara  langsung turut dapat di tonton oleh rombongan kami.

Destinasi seterusnya ialah ke Penang Art Street dimana menyelusuri kesibukan tengah bandar untuk berswafoto dan menikmati lukisan mahupun 'sculpture art' yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis yang berbakat

Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN