ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM
Hari kedua Program Orientasi diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking yang diketuai oleh Pn. Fariza & En . Asyraf. Murid-murid dikehendaki menulis biodata ringkas diri di kertas mahjung yang diberikan dimana setiap kumpulan dicampurkan antara murid - murid lama dan baru bagi menggalakkan komunikasi antara mereka.
Taklimat Displin juga turut di berikan hari ini aspek kehadiran ke sekolah, kekemasan diri dan juga kesalahan-kesalahan salahlaku yang tidak boleh di laksanakan di sekolah bagi memberikan gambaran pada semua murid. Taklimat ini diberikan oleh Cikgu Azreiq Raizal.
Lawatan ke sekitar kawasan sekolah juga dilaksanakan oleh Pn. Koh & Pn. Wan Nor'rihan bagi memperkenalkan pada murid baru kedudukan bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah bagi memudahkan pergerakan murid-murid ini kelak.
Akhirnya, Taklimat Kokurikulum diberikan oleh Pn. NoorHayati sebagai Penyelaras Kokurikulum PPKI terutama tentang pakaian, hari dan masa bagi melicinkan perjalanan aktiviti kokurikulum bagi tahun ini. Taklimat koko diteruskan oleh En. Asyraf selaku Ketua Guru Penasihat Pengakap, diikuti oleh Pn. Wan Nor'rihan iaitu Ketua Guru Penasihat Kelab Pendidikan Khas dan diakhiri oleh Pn Hanizaa selaku Ketua Guru Permainan
Comments
Post a Comment