3 / 3 -10 / 3 / 2020....GILAPAN JUARA OLAHRAGA





Program Gilapan Juara kali ini dimulai dengan pasukan Olahraga KPKP bagi menghadapi Pemilihan Balapan & Padang Daerah dan Negeri yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan Mac  dan bulan April 2020. Peserta yang terpilih adalah  3 orang kategori junior dan 6 orang dari peserta senior. Latihan hanya dijalankan pada setiap pagi Isnin- Khamis dari pukul 7.30 pagi - 9.00 pagi. Ini adalah kerana cuaca yang agak panas setelah pukul 9.30 pagi. Terima kasih pada Cikgu M Sharill Shah  dan Cikgu NoorHayati yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar kepada peserta olahraga tahun ini. Begitu juga  ucapan terima kasih pada Pn. Rozitah (PPM) kerana telah sudi menyediakan minuman pada peserta ini sepanjang sesi latihan.

Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN