29 / 1 / 2020...SUKANEKA ANTARA RUMAH SUKAN
Aktiviti Sukaneka merupakan salah satu aktiviti yang mendedahkan semua MBK dengan aktiviti
fizikal &
semangat kerjasama serta semangat bersaing antara rumah sukan masing-masing.
Ianya juga dapat mewujudkan satu proses pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan di kalangan mereka.
Acara yang dipertandingkan:
i) Bola dalam Sudu
ii) Span Bocor
iii) Pancing Selipar
iv) Baling Jangan Pecah
v) Aiskrim Gergasi
Tahniah pada semua MBK ini yang telah sama-sama berusaha untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Johan telah menjadi milik Rumah Tun Abdul Razak (17 mata) diikuti oleh Rumah Tunku Abdul Rahman (15 mata), Rumah Tun Dr. Mahathir ( 14 mata) dan Rumah Tun Hussein On (5 mata).
|
Comments
Post a Comment