5/4 - 6/4/2019...PERKHEMAHAN SUMMER CAMP BERSAMA UPSI DI SMK SEREMBAN 2






























SUMMER CAMP bersama Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Khas), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), UPSI berobjektif untuk melatih bakal-bakal guru ini mempertingkatkan keyakinan diri serta menimba ilmu di sekolah. Bakal-bakal guru seramai 40 orang (4 orang lelaki & 36  orang perempuan) telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama 30 orang MBK dari SMK Seremban 2 ( 13 orang), SMK Bukit Kepayang ( 4 orang) , SMK Mambau ( 8 orang ) dan SK Seremban 2A ( 5 orang). Penyertaan ini melibatkan bayaran sebanyak RM 20 untuk seorang. SMK Bukit Kepayang diwakili oleh : 

          a) Muhammad Amirrul Rasyed b. Mohamad Ali
          b) Priya Santini a/p Kannan
          c) Raymond Phua Wei Park
          d) Siti Nuraida bt. Sharip  

Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan dengan lebih ramai penyertaan dari sekolah di Daerah Seremban serta pengisian program tersebut lebih berinformatif dan juga diselitkan dengan pengisian yang lebih berilmiah. Terima kasih pada tuan rumah SMK Seremban 2 atas jemputan kali ini juga Selamat Maju Jaya pada bakal-bakal guru ini.

Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN