1/4/2019...KARNIVAL STEM BERMULA .. MEREKACIPTA RUMAH DARI STRAW TANPA BAHAN PELEKAT
Pendekatan PBL (Project Based Learning) diaplikasikan dalam aktiviti pertama Karnival STEM di PPKI bagi tahun ini. Idea ini dicetuskan oleh Cikgu Azreiq Raizal. Aktiviti ialah membuat rumah dari straw tanpa sebarang bahan pelekat samaada gam, stapler dan pita pelekat telah dibantu oleh para guru dengan melakar dahulu gambar rumah yang ingin dibina pada kertas A4. Kemudian murid-murid perlu mencipta rumah yang telah dilakar tadi menggunakan straw yang dibekalkan. Hanya tali rafia dan benang , straw serta gunting digunakan semasa melaksanakan aktiviti ini.Tahniah pada murid-murid ini kerana bersama-sama berganding bahu dan menunjukkan kerjasama dalam mencipta rumah masing-masing.
Comments
Post a Comment