23/10/2019....PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN


































Program kali ini membawa murid KPKP SMK Bukit Kepayang ke Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi meneroka & mengetahui tentang sejarah di Negeri Sembilan amnya dan juga Daerah Seremban khususnya. Murid diberikan buku catatan dan masing-masing perlu melengkapkan kesemua 10 soalan yang diberikan setelah mereka meneroka setiap pelusuk Muzium Negeri Sembilan bersama bantuan rakan, guru & PPM. Di samping itu, murid-murid juga dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui penerokaan secara kendiri di samping lebih menghargai sejarah itu sendiri. Tahniah pada penyelaras program Pn. Hanizaa di atas program kali ini. Semoga peristiwa/momen-momen yang telah menjadi lipatan sejarah ini "Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan"

Comments

Popular posts from this blog

5 /10/ 2020....MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 1 /2020

ICE BREAKING, TAKLIMAT DISIPLIN, LAWATAN & TAKLIMAT KOKURIKULUM

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN