Posts

Showing posts from April, 2019

12/4 - 13/4/2019...PERKHEMAHAN PERDANA TINGKATAN 4 & PPKI

Image
Perkhemahan ini yang memang menjadi acara tahunan SMK Bukit Kepayang adalah berobjektif untuk melahirkan murid yang aktif, berdedikasi, berwibawa dan memiliki jati diri. Di samping itu ianya bertujuan menyemai dan memupuk semangat kerjasama serta perpaduan di kalangan murid dari pelbagai kaum. Murid PPPKI juga terlibat dalam perkhemahan kali ini iaitu Muhammad Amirrul  Rasyed b. Mohamad Ali dan Muhammad Syamirul Bashah b. Mohamad Romizan. Tahniah atas penyertaan murid ini serta guru yang sama-sama terlibat  menjayakannya iaitu Puan Wan Nor'rihan, Puan Fariza dan Puan Sukuna.

10/4 -11/4/2019 ..KARNIVAL STEM ...HIP(SCRAP BOOK)

Image
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME(HIP) adalah program pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan "Scrap Book" tentang tajuk Minggu Baik Hati" dimana murid-murid mencari bahan dari majalah atau suratkhabar dan melabelkannya mengikut tajuk yang telah diberikan.

9/4/2019..KARNIVAL STEM..PERTANDINGAN MEMBINA MODEL JAMBATAN

Image
MEMBINA MODEL JAMBATAN.. Kali ini dengan menggunakan 200 batang lidi, gam, tali dan ada juga yang menggunakan getah. Benar-benar mencabar pula kali ini, perlu memikirkan bagaimana untuk mendirikan jambatan tersebut. Sekadar melukis atau melakar memang agak mudah tapi untuk merealisasikannya memang memerlukan kesabaran dan ketekunan juga kerjasama dari semua ahli kumpulan. Apapun tahniah pada semua kumpulan dapat menghasilkan pelbagai jenis model jambatan.

8/4/2019..KARNIVAL STEM ...AUTISM TREE./ POHON AUTISME

Image
AUTISM TREE .....Aktiviti yang dilaksanakan pada Hari Sambutan Autisme peringkat sekolah telah dilaksanakan selepas rehat. Murid perlu menggunting setiap bentuk puzzle pelbagai warna untuk dilekatkan pada Pohon Autisme yang telah diberikan. Kemahiran murid menggunting bentuk tersebut dan menghias Pohon Autisme mengikut bentuk yang telah ditetapkan menjadi satu kemahiran yang perlu ada serta membentuk sifat sabar,kreativiti dan kerjasama murid dalam kumpulan masing-masing.