21/ 3 / 2019 ..MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN KALI KE- 13 (RABU, 2.00 - 4.00 petang)
MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN KALI KE-13 ...Usai sudah mesyuarat untuk tahun 2019 dengan Agenda Mesyuarat tertumpu pada perkara-perkara yang berikut:
2) Lantikan Naib Pengerusi baharu
3) Taklimat dari PK PPKI ( Cik Rahimah)
4) Usul dan cadangan dari ibu bapa/penjaga
5) Taklimat ringkas dari East West College ( Dato' Abdul Murad)
Kehadiran masih di tahap mendukacitakan iaitu seramai 16 orang wakil ibubapa/penjaga dari 49 orang murid yang menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Antara usul yang menjadi perbincaangan ialah masa dan hari mesyuarat yang lebih sesuai, penetapan wang sumbangan , dan aktiviti Lawatan Penanda Aras ke Kedah & Pulau Pinang . Lantikan Naib Pengerusi telah dipilih sebulat suara iaitu En. Wan Rosmadey. Turut hadir sama ialah Dato' Abdul Murad memberikan serba sedikit informasi tentang peluang yang boleh diberikan pada anak-anak PPKI yang berminat menyertai Bidang Hospitaliti di East West College. Mesyuarat tamat pada pukul 4.20 petang.
Comments
Post a Comment