Posts

Showing posts from October, 2019

31/10/2019....LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KALI KE-2

Image
Latihan Pengungsian Bangunan   untuk semua warga sekolah  dilaksanakan sekurang- kurangnya dua kali setahun. Ini bertujuan untuk menjadikan semua warga sekolah sentiasa peka dan awas dengan tahap keselamatan sekolah, terutamanya jika terjadi  kes kebakaran sebenar. Warga KPKP juga tidak ketinggalan terlibat dalam latihan kali ini. Tahniah pada murid Adam Safwan kerana berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan demonstrasi memadamkan api setelah mendengar taklimat ringkas dari anggota bomba.

21-24/10/2019..AGOONOREE KEBANGSAAN 2019,KEM ULU PARI,REMBAU,N.SEMBILAN

Image
Agoonoree Kebangsaan 2019 yang diadakan di Kem Ulu Pari,Rembau,N.Sembilan telah berlangsung selama 4 hari dengan penglibatan 16 kontijen dari seluruh Malaysia. KPKP SMK Bukit Kepayang telah menghantar seorang wakil iaitu Muhammad Adam Safwan B. Azhar pada Agoonoree kali ini.Semua peserta perlu menjalani kesemua aktiviti yang dirancang iaitu 4 aktiviti berjadual &  7 aktiviti yang tidak berjadual. 4 aktiviti berjadual tersebut ialah: a) Khidmat Masyarakat                                                        b) Lawatan                           ...

24/10/2019...SUMBANGAN DUIT RAYA SEMPENA DEEPAVALI

Image
Badan Kebajikan KPKP SMK Bukit Kepayang dengan kerjasama Unit HEM KPKP telah sudi memberikan sumbangan duit raya kepada murid-murid yang menyambut Pesta Cahaya pada tahun ini. Tergambar keriangan di wajah masing-masing apabila menerima duit raya dari PK KPKP iaitu Cik Rahimah Bt. Shamsuddin. Semoga keriangan ini dapat dikongsi bersama dalam meraikan Pesta Cahaya yang akan tiba pada 27/10/2019. Happy Diwali!

24/10/2019....PROGRAM BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT KPKP

Image
 Program Bulan Sukan Negara  2019 yang diadakan sepanjang Bulan Oktober setiap tahun turut mendapat penyertaan yang memberangsangkan  dari KPKP SMK Bukit Kepayang. Program ini yang bertujuan memupuk semangat kesukanan di kalangan murid, disamping melahirkan murid yang cergas dan cerdas dari segi mental  dan juga fizikal. Program sebegini juga menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan mereka serta dapat mengeratkan hubungan antara guru & murid-murid amnya. Di peringkat KPKP, Program Bulan Sukan Negara melibatkan 3 kategori dan dimenangi oleh : i)  Bergu Badminton Lelaki - Darshan & Muhammad Aliff ii)  Bergu Badminton Perempuan  - Siti Nur Aida & Priya Santini iii)  Kumpulan Permainan Dalaman - Kumpulan Nur Addini Tahniah pada penyelaras program peringkat KPKP iaitu En. Azreiq Raizal atas pelaksanaan program kali ini. ...