7/1/2020....KEJOHANAN MERENTAS DESA KPKP
Penyertaan Merentas Desa KPKP kali ini diwakili oleh 22 orang murid lelaki & 12 orang perempuan berjaya dilaksanakan pada hari ini. Laluan kali ini hanya melibatkan laluan dalam kawasan parkir sekolah dan padang sekolah. Murid-murid ini perlu melalui 9 checkpoint yang dipantau oleh 12 guru dan 4 orang PPM. Tahniah diucapkan pada semua murid yang menyertainya kali ini dimana Rumah Tun Dr. Mahathir mengumpul mata terbanyak iaitu 103, diikuti oleh Rumah Tunku Abdul Rahman dengan mata 74 mata, Rumah Tun Abdul Razak dengan 54 mata dan Rumah Tun Hussein On dengan 45 mata.