Posts

20 / 2 - 27 / 2 / 2021...KURSUS MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Image
Tentatif Sidang Terbuka 8.30 pg - Peserta mula mendaftar masuk 9.00 pg - Sidang Terbuka bermula                - Ucapan aluan KK               - Ucapan Dr Ekbert Yong Yen Loong               Pesuruhjaya Latihan Negara              - Sesi soal jawab              - Perbincangan Sidang-sidang              - Rumusan Kursus               - Ucapan Penutup oleh                Tn Aziruddin bin Abdul Aziz                Ketua Pesuruhjaya Pengakap                 PPM Negeri Sembilan  11.00 pg - Majlis Bersurai              Kursus Manikayu Pengenalan ini diadakan julung kalinya secara ...

26 / 2 / 2021 ....PENTAKSIRAN PROG. PEND. INKLUSIF KEPADA GURU-GURU PEND. KHAS NEGERI SEMBILAN

Image
                Pentaksiran ini yang melibatkan kesemua Guru-Guru Pendidikan Khas Negeri Sembilan adalah bagi menguji tahap pemahaman mereka  tentang Program Pendidikan Inklusif.  Sebelum itu, taklimat/penerangan secara FB Live Pendidikan Khas Negeri Sembilan telah diterajui oleh Cikgu Ali b. Tumiran bagi memberi penerangan ringkas bagaimana untuk "log in" kepada Aplikasi Quizizz.               Pentaksiran ini meliputi segala aktiviti program yang telah dijalankan pada tahun 2020 iaitu Program Inklusif  Networking School (INS). Guru-guru perlu menjawab 54 soalan  di aplikasi Quizizz dalam masa yang diberikan iaitu dari pukul 3.30 - 5.30 petang. Sijil yang telah berjaya menjawab telah  di hantar pada email masing-masing. Tahniah pada semua guru-guru yang telah berjaya menyelesaikan kuiz tersebut Syabas juga pada Sektor Pendidikan Khas, JPNS atas penganjuran program ini.

2 /2/2021.... MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PERTAMA 2021 PPM DAERAH SEREMBAN BARAT

Image
            Mesyuarat PPM Daerah Seremban Barat kali ke-1 telah diadakan pada 2 / 2/ 2021 secara Google Meet pada pukul 3.00 - 5.00 petang  dan di pengerusikan oleh  En. Samsuddin B. Jiman (Pesurujaya Pengakap Daerah Seremban Barat). Mesyuarat kali ini membincangkan  tentang:         i)  Laporan Aktiviti sepanjang tahun 2020         ii) Pendaftaran Keahlian bagi tahun 2020 & 2021         iii) Program-program sepanjang 2021            Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Pn. NoorHayati & En. M Sharill Shah yang mewakili PPKI SMK Bukit Kepayang.                   

22/1/2021.....MINGGU ORIENTASI KPKP TAHUN 2021 - JOM JELAJAH PERSEKITARAN SEKOLAH

Image
        Penerangan tentang persekitaran sekolah  dan blok KPKP di paparkan pada murid-murid melalui aplikasi Whatsapp kelas masing-masing. Guru-guru telah menghantar paparan "Persekitaran Sekolah"  bagi memberikan gambaran keseluruhan kawasan sekolah terutama pada murid-murid baharu yang baru mendaftar di KPKP SMK Bukit Kepayang. Slide ini disediakan oleh Pn. NoorHayati selaku Ketua Blog KPKP.

21/1/2021....MINGGU ORIENTASI KPKP TAHUN 2021....UNIT KURIKULUM KPKP

Image
            Orientasi di hari ke-2 pula diteruskan dengan penerangan tentang Unit Kurikulum KPKP terutama tentang bagaimanakah pelaksanaan PdPR yang dijalankan sepanjang pandemik ini.  Guru-guru  kelas menjawab setiap persoalan tentang pelaksanaan PdPR yang akan dilaksanakan di rumah dengan bantuan ibubapa/penjaga di rumah melalui whatsapp kelas masing-masing.. Terima kasih atas perkongsian maklumat kurikulum ini yang disediakan oleh Setiausaha Kurikulum KPKP, Pn. Nor Wahidah  bt. Jalil.